Abstrak Kertas Kerja

PROGRAM

Sesi 1 : Inovasi Maklumat Mendayakan Masyarakat Cemerlang

Pembentang Plenari 1 : Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff (Institut  Integriti Malaysia)

Tajuk : Kepentingan Integriti dalam Pembangunan Negara: Peranan Pustakawan dalam Transformasi Masyarakat

 

 

 

Pengerusi  : Puan Putri Saniah Megat Abdul Rahman (PPM)

Pembentang Plenari 2 :

 

Abrizah Abdulah

Dept. of Library & Information Science,

Faculty of Computer Science & Information Technology

University of Malaya, Kuala Lumpur

abrizah@um.edu.my

 

OPEN SCIENCE: HOW LIBRARIES CAN SUPPORT INCLUSIVE AND INNOVATIVE RESEARCH COMMUNITY

 SAINS TERBUKA: BAGAIMANA PERPUSTAKAAN MAMPU MENYOKONG

 KOMUNITI PENYELIDIKAN YANG INKLUSIF DAN INOVATIF  

 

 

Abstrak

Pengenalan: 

Pendidikan tinggi dalam era Sains Terbuka (Open Science) merupakan satu peluang yang kompleks, dialektik dan menarik, berpotensi untuk membentuk masyarakat akademik yang inklusif dan inovatif. Agenda dan inisiatif Sains Terbuka telah diwujudkan oleh negara serata dunia bagi menggalakkan ketersediaan maklumat penyelidikan terbuka dan prosedur penerbitan terbuka. Sehaluan inisiatif ini, perpustakaan akademik juga menyokong keterbukaan dalam sains dan penyelidikan, mempercayai bahawa Sains Terbuka mampu meningkatkan ketelusan, kualiti penyelidikan, dan penemuan saintifik dengan lebih cepat; seterusnya membolehkan penggunaan data kajian yang lebih efektif dan hasil kajian bagi manfaat yang lebih besar kepada komuniti. OECD, secara jelas melibatkan perpustakaan, repositori dan pusat data sebagai peneraju utama Sains Terbuka,  bersama-sama penyelidik, agensi kerajaan, agensi pembiayaan, universiti dan institut penyelidikan awam, organisasi dan yayasan bukan keuntungan swasta serta penerbit ilmiah. Peranan perpustakaan dalam era Sains Terbuka telah diiktiraf dan dibincangkan di pelbagai platform, dan juga disahkan secara umum oleh organisasi antarabangsa dan pemegang taruh. Perpustakaan akademik di Malaysia, secara semulajadi, telah menyokong sebahagian besar daripada apa yang membentuk Sains Terbuka sebagai akses terbuka kepada penerbitan dan terkini, data terbuka.

Kata Kunci : Sains Terbuka, peranan perpustakaan, peranan perpustakaan akademik

  Pengerusi  : Puan Putri Saniah Megat Abdul Rahman (PPM)

Topik : Lanskap Perkhidmatan Maklumat Kemakmuran Sejagat

Pembentang Plenari 3 :  

 

 

Prof Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon

Entrepreneur and Former Institution Head

(Sunway University)

 

THE FUTURE SURVIVAL OF UNIVERSITIES AND ITS LIBRARIES IN THE FACE OF A COMPETITIVE, RAPIDLY CHANGING BUSINESS WORLD.

 

ABSTRACT

 

This seminar will present the current and future challenges of Malaysian universities and university libraries in the face of stiff global competition. It will examine the current serious challenges caused by the declining state of university funding, the need to find new business models for financial sustainability, the importance of ranking and global competition and what universities could do to survive and thrive. It will be pointed out that, apart from funding, rapid technological advancements especially in IT, would pose huge challenges that could risk many institutions to become irrelevant in the long term. The seminar will attempt to point out the difficult but absolutely necessary transformational path to be taken by all institutions for their own survival

 

 

Pembentang Plenari 4 :

1Mohd Faizal Hamzah & 2Mohamad Noorman Masrek (Dr.) & 3Ilina Syazwani Musa

1&3Pustakawan, Perpustakaan Universiti Malaya, Malaysia

1faizal586@um.edu.my & 3ilina@um.edu.my

2Pensyarah, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA

2mnoorman@salam.uitm.edu.my

 

PRESTASI KERJA PUSTAKAWAN DAN REKABENTUK KERJA

 

ABSTRAK

Pengenalan

Kajian berkaitan dengan prestasi dan rekabentuk kerja telah lama dikaji oleh para penyelidik dari pelbagai bidang. Di dalam bidang perpustakaan, prestasi Pustakawan di ukur dengan menggunakan kaedah penunjuk prestasi utama. Indikator yang digunakan sewaktu penilaian penunjuk prestasi utama telah meminggirkan konsep rekabentuk kerja.  Hal yang demikian telah menyebabkan prestasi Pustakawan tidak dapat dikaji secara menyeluruh. Kertas kerja ini akan memberi pendedahan secara ringkas berkaitan dengan konsep kajian prestasi dan rekabentuk kerja. Objektif kertas kerja konsep ini adalah untuk mempromosikan konsep rekabentuk kerja sewaktu penilaian prestasi. Konsep rekabentuk kerja ini akan membantu pengurusan perpustakaan menilai prestasi Pustakawan dengan lebih menyeluruh. Ini akan membantu pengurusan perpustakaan untuk memaksimumkan tahap prestasi dan kompetensi Pustakawan. Kertas kajian literatur ini akan memberi idea Pustakawan untuk mempelbagaikan lagi kaedah mengukur prestasi dan kompetensi. Secara kesimpulan, kertas kerja ini boleh dijadikan bahan rujuk kepada para penyelidik lain untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan dengan konsep prestasi dan rekabentuk kerja. 

 

Kata Kunci : Prestasi; Rekabentuk Kerja; Pustakawan; kompetensi

 

 

Pembentang Plenari 5 :

 

 

Mohd Azmi Bin Aziz

Timbalan Pengarah

Bahagian Pembangunan dan Perpustakaan Desa

Perpustakaan Negara Malaysia

 

 

PEMBANGUNAN PERPUSTAKAAN DESA DI MALAYSIA 2005 – 2017:

PENGALAMAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 

 

 

ABSTRAK

 

Kertas ini bertujuan untuk memberi gambaran menyeluruh mengenai perkembangan perpustakaan desa di Malaysia, mengkaji pembangunan perpustakaan pada masa lalu,  kini dan pada masa hadapan terhadap komuniti luar bandar sejak tahun 2005 selaras dengan dasar-dasar awam yang berkaitan. Perpustakaan Negara Malaysia merupakan agensi utama dalam merancang dan membangunkan rangkaian perpustakaan awam di Malaysia. Kertas ini juga menyorot strategi yang dilaksanakan sejak peringkat awal pembangunan perpustakaan desa di negara ini. Pelajaran yang diperolehi dari pengalaman masa lalu adalah kunci untuk menentukan jalan untuk rancangan masa hadapan. Isu dalam membangun dan mengurus perpustakaan desa termasuk belanjawan operasi yang mapan, kakitangan, prosedur operasi standard, pembangunan koleksi, perkhidmatan perpustakaan, aktiviti membaca dan perkongsian pintar dengan badan-badan yang berkaitan. Untuk memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan perpustakaan, beberapa inisiatif telah diperkenalkan bertujuan untuk mengubah dan menjenamakan semula persediaan fizikal dan konsep perpustakaan desa. Model seni bina baharu untuk bangunan serta struktur fizikal juga diperkenalkan untuk memberikan pandangan yang menarik kepada pengguna. 

Kata Kunci: Perpustakaan Desa, Pembangunan Perpustakaan, Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia

 

 

 

 

Pembentang Plenari 6 :

1Japri Bujang Masli & 2Musa Ayub Abdul Rahman

 1Head of ICT Services Sector, Pustaka Negeri Sarawak, Jalan Pustaka, Kuching 93050, Sarawak, Malaysia

1japribm@sarawak.gov.my

2Head of Website Development & Web Application Development Division, Pustaka Negeri Sarawak, Jalan Pustaka, Kuching 93050, Sarawak, Malaysia

2musaaar@sarawak.gov.my

HAMID: HUMAN AND MACHINE INTERACTIVE DIALOGUE

 

ABSTRACT

 

This paper aims to describe an experimental project called HAMID or Human and Machine Interactive Dialogue at Pustaka Negeri Sarawak.

 

There were 2.4195 million mobile broadband and 0.1378 million fixed broadband subscriptions in Sarawak in Q4 of 2016. 80% of the internet users have visited social media sites and of those 96.5% owned a Facebook account. An automated and interactive chat service, called HAMID, is developed using Facebook Messenger bot for the purpose of answering low level reference questions. Facebook Messenger is most suitable as it is, as reported in Internet users survey 2016, the top social media site used by internet users in Malaysia.

 

HAMID can answer simple reference questions with pre-determined answers. It is useful for answering standard frequently asked questions such as on library opening hours, membership fee and etc. The solution has the prospect of saving staff time, improve user experience and increase user engagement. Future application of this project may include answering higher level reference questions, incorporation of artificial intelligence and data analytics.

 

Keywords: HAMID; chatbot; Facebook Messenger; human and machine interactive dialogue.

 

 

 

 

Pembentang Plenari 7 :

Kamarulzaman Mahmood

Pustakawan, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,

Jalan Kemajuan Padang Hiliran,

21572 Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia.

Email: zaman@trglib.gov.my,

 

 HUBUNGAN DI ANTARA KUALITI PERKHIDMATAN, KEPUASAN PELANGGAN DAN KESETIAAN PELANGGAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membincang serta mengulas tentang literatur dan mencadangkan kerangka konseptual yang menghubungkan kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan kesetiaan pelanggan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). Justeru, kajian ini bermatlamat untuk mengenalpasti faktor yang spesifik dalam mendorong peningkatan kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan serta kesetiaan pelanggan PPAT. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kualiti perkhidmatan, kepuasan dan kesetiaan pelanggan terhadap semua perkhidmatan yang telah disediakan. Selain itu, kajian ini mengenalpasti  faktor demografik responden yang mempengaruhi kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan dan kesetiaan pelanggan. Penyelidikan ini menjadikan instrumen soal selidik ‘LibQual’ sebagai alat kajian utama bagi mengumpul maklumat daripada responden.  Soal selidik tersebut terdiri daripada empat bahagian, iaitu kualiti perkhidmatan perpustakaan, kepuasan pelanggan, kesetiaan pelanggan dan maklumat latar belakang responden. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok yang telah dijalankan di tujuh (7) lokasi iaitu Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan enam (6) buah Perpustakaan Awam Daerah (PAD) iaitu PAD Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut melibatkan 400 orang responden.

 

Kata kunci:   Kualiti perkhidmatan; kepuasan pelanggan; kesetiaan pelanggan;

                     Perpustakaan Awam Negeri; PPAT.

 

Sesi 3  “Perpustakaan Meneroka Transformasi Maklumat”

 

Pembentang Plenari 8 :

 

Mohammed Dzulkarnain bin Abdul Karim

Ketua Pustakawan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

dzulkarnain@upnm.edu.my

 

Khairul Anuar Zainudin

Pustakawan Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

k.anuar@upnm.edu.my

 

PERPUSTAKAAN AKADEMI ANGKATAN TENTERA KE  PERPUSTAKAAN JENERAL TUN IBRAHIM : SATU TRANSFORMASI

 

 

 

ABSTRAK

 

Transformasi merupakan satu elemen penting di dalam pembangunan dan perkembangan sesebuah institusi. Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah melaksanakan transformasi bermula sedekad yang lalu secara berperingkat. Sebaik sahaja Akademi Tentera Malaysia (ATMA) menaik taraf ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 10 November 2006. Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terus berkembang dari sebuah Perpustakaan kecil yang konvensional  kepada sebuah Perpustakaan Akademik yang moden. Selaras dengan peranan sebagai Gerbang Sumber Maklumat dan Pusat Rujukan Pembelajaran, Pengajaran dan Penyelidikan di UPNM. Demi memastikan Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mempunyai identiti dan keunikannya tersendiri satu imej baharu dihasilkan. Pada 15 Disember 2011, Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu Menteri Pertahanan Malaysia telah merasmikan Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI) sebagai nama baharu Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

 

Kata Kunci: Transformasi, Perpustakaan Akademik,

 

 

 

 

Pembentang Plenari 9 :

 

Wan Mazli bin Wan Razali & Salina Hj. Zawawi

Pustaka Negeri Sarawak

KEMBARA ILMU: EQUITABLE ACCESS TO OPPORTUNITIES

ABSTRACT

Kembara Ilmu is one of the outreach programmes to reach out to the rural community statewide. It is focusing on Learning Modules and Assessment Model initiated by Sarawak State Library and its Knowledge Partners to nurture the information seeking behaviour amongst the rural community. The target groups are the Orang Ulu and Malay-Kedayans community in Baram and Kuala Sibuti, Miri, one of the remote places in Sarawak, Malaysia. Sarawak, the biggest state in Malaysia, historically known as Land of the Headhunters, vastly geographically challenged, and now known as one of the world’s few biodiversity hotspots, embarked on holistic strategies to bring the world of information to her people, across the state. Focusing strongly on collaborative efforts in bringing people together for knowledge in this outreach programmes, this paper highlights the mechanisms, impacts and way forward for bringing the world of knowledge to these geographically-marginalised society in rural settlements. Putting the collaborative framework and imparting the community with skills, competencies and knowledge towards becoming mature independent information seekers, the participation from community leaders and relevant organisations have been sought. This programme is intended to bridge the information and digital divide for equitable access to knowledge, skills and technology. In strategising the framework, it is an emphasis and essentially that each and every entity who participates in the programme, shall benefit from the module taught, either in a direct formal manner, or indirect informal ways.

Keywords: information Literacy, information seeking behavior

 

Pembentang Plenari 10 : Puan Kamariah Abu Samah (Dewan Bahasa dan Pustaka)

Tajuk : PEMUGAR Memacu Industri Kreatif Warisan Menjelang Tahun 2050: Cabaran dan Potensi Masa Depan.

 

 

 

 

 

 

 

Pembentang Plenari 11 :

Shah Ridha bin Abdul Jalil

Guru Cemerlang GPM

SMK Seri Pulai Perdana, Skudai, Johor Bahru, Johor

Lowprofile155@gmail.com

 

 

PERPUSTAKAAN KAFE

 

 

ABSTRAK

Perpustakaan Kafe SMK Seri Pulai Perdana, Skudai, Johor merupakan Perpustakaan Kafe pertama yang diwujudkan di Negeri Johor dan  telah diperkenalkan dan mula beroperasi pada  15 Ogos 2015 hingga kini. Usaha untuk mewujudkan Perpustakaan Kafe di sekolah ini telah diilhamkan oleh Encik Shah Ridha bin Abdul Jalil, seorang Guru Cemerlang GPM. Bagi beliau, fokus seseorang GPM bukan sekadar menjaga pusat sumber atau memenuhi kriteria setiap kali  pemantauan, tetapi juga untuk memberi kepuasan, keselesaan dan menarik minat  warga sekolah untuk berkunjung ke perpustakaan. Hasil pemerhatian dan pengalaman beliau selaku GPM, minat warga sekolah terutamanya para pelajar untuk ke perpustakaan semakin tahun kian menurun. Oleh itu, beliau cuba untuk mencari inisiatif dan inovasi baru untuk menarik semula minat warga sekolah untuk ke perpustakaan. Kertas kerja ini adalah untuk menerangkan lebih terperinci berkenaan perpustakaan kafe iaitu, persediaan awal, proses, keperluan, risiko, hasil dan perancangan masa depan perpustakaan kafe. Berdasarkan hasil yang di peroleh daripada pembukaan perpustakaan kafe di SMK Seri Pulai Perdana, bukan sahaja minat warga sekolah untuk berkunjung ke perpustakaan meningkat, tetapi Pusat Sumber SMK Seri Pulai Perdana juga mendapat keuntungan daripada hasil jualan di Perpustakan Kafe yang membolehkan PSS SMK Seri Pulai Perdana membuat lebih banyak penambahbaikkan di pusat sumber dan mengadakan lebih banyak aktiviti untuk warga sekolah di pusat sumber. Justeru, hasil daripada perkongsian tentang Perpustakaan Kafe ini diharap dapat memberi idea kepada lebih ramai GPM untuk meningkatkan potensi dan tarikan bagi perpustakaan di sekolah masing-masing.

 

      Kata kunci: Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan Kafe,

 

Pengerusi : Encik Ghazali Mohamed Fadzil (PPM)