*Pembentangan Kertas Kerja dan Perbincangan Forum
&
* Pertandingan Inovasi Produk & Perkhidmatan. Untuk menyertai pertandingan ini, sila layari: http://infomgtkdh.wixsite.com/indelib
Tarikh: 12 – 13 September 2017 (Selasa & Rabu)
Tempat: Dewan Tun Abu Zahar, Lembaga Pertubuhan Peladang, Jalan Sultan Salahuddin, 50480, Kuala Lumpur
PENDAHULUAN:
Perpustakaan adalah institusi sosial yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Untuk memastikan potensi perpustakaan mampu menyokong proses sosial dan transformasi budaya, institusi perpustakaan di Malaysia perlu mengenal pasti peranan perpustakaan dalam pelaksanaan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Bagi menjelaskan arah tuju perpustakaan dan institusi maklumat, Persatuan Pustakawan Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia ingin mengundang pendokong industri ilmu, teknologi dan budaya bersama-sama membina misi dan melakar arah tuju perpustakaan ke arah wawasan masa depan negara.
ANJURAN: Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), & Fakulti Pengurusan Maklumat, UITM Cawangan Kedah
TEMA:
Transformasi Perpustakaan, Transformasi Masyarakat
OBJEKTIF:
- Mengangkat peranan perpustakaan selari dengan visi Transformasi Nasional 2050;
- Memacu perkhidmatan perpustakaan yang berimpak tinggi kepada masyarakat;
- Membangunkan kreadibiliti perpustakaan dan profesion pustakawan sebagai agen pelengkap kepada usaha-usaha pembelajaran sepanjang hayat; dan
- Meningkatkan kesedaran dan penglibatan di kalangan warga perpustakaan kepada International Federation Of Library Associations And Institutions, World Library And Information Congress (IFLA WLIC) 2018 di Kuala Lumpur – “Transform Libraries, Transform Society – Reaching to the Hard to Reach”
TOPIK:
- Inovasi Perpustakaan Maklumat Mendayakan Masyarakat Cemerlang
- Landskap Perkhidmatan Maklumat Kemakmuran Sejagat
- Perpustakaan Meneroka Transformasi Maklumat
- Forum Kesedaran IFLA WLIC : Transformasi Perpustakaan, Transformasi Masyarakat
PERTANDINGAN INOVASI PRODUK & PERKHIDMATAN:
– Terbuka kepada perpustakaan dan pusat sumber sekolah di Malaysia.
TEMA: “Continuous Innovation For Excellent”
Layari: http://infomgtkdh.wixsite.com/indelib
YURAN:
HUBUNGI KAMI:
Untuk Booth Pameran/Penajaan/Iklan: roha@ukm.edu.my; mzaihan63@yahoo.com
Untuk Pertanyaan/Pendaftaran: hashimah@pnm.gov.my; sham@um.edu.my
Untuk Pertandingan Inovasi: ghazmf@gmail.com